Haritu. Di airport Bayan Lepas.
Gua menunggu big boss dari KL. Sambil-sambil menunggu, gua lepak di kafe. Minum kopi O sambil menyedut produk yang mengandungi "4000 bahan kimia berbahaya termasuk Tar,Nikotin, Karbon Monoksida dan racun tikus".
Sekonyong-konyong, gua terjumpa seorang sohabat universiti. Gua ajak minum. Kejap ja katanya, ada hal nak ke hotel. Tapi kami tetap berbual. Dari cerita kehidupan masing-masing, cerita tentang kerja, kutuk orang tu, kutuk orang ni, sampaila ke cerita hal-hal diri dan rumah tangga. Dia tanya soalan pasal rumah dan tangga. Diulang, rumah dan tangga. Bukan rumah tangga.
Dia tanya gua, "Tak beli rumah lagi ka?"
"Belum," jawab gua sepatah.
"Awat tak beli lagi?"
"Aku dok kuarters Kerajaan ja. Lagipun kerja aku ni, boleh bertukar ke mana-mana saja. Malasla nak beli lagi"
"Ha itu la silapnya. Hang dah la dok Penang. Patut kena invest sebab rumah di Penang ni makin mahal. Kita beli rumah bukan untuk duduk saja skang ni. Kita beli rumah banyak-banyak. Buat investment. Pelaburan masa depan. Macam aku buat," dia tarbiah gua. Kemudian dia mola cerita rumah-rumah dia beli atas nama pelaburan. Beli rumah RM300 ribu dan lepas beberapa tahun, harganya mencecah hampir RM1 juta.
Gua diam. Mengiyakan pun tidak. Menafikan pun tidak. Member gua, apa lagi, dia naik sheikh. Naik seronok pula dia membebel kat gua. Dia tarbiah gua banyak-banyak mengenai program "beli-rumah-untuk-pelaburan-masa-depan" ni. Macam-macam cadangan, nasihat, pandangan dan sebagainyanya dia bagi walaupun gua tak minta.
Lama gua diam. Mendengar nasihat dan tarbiah dia. Selepas beberapa ketika, kami beredar. Sebenarnya dia yang beredar. Ada hal mustahak. Gua masih kena tunggu bos gua di airport. Menjamah kopi O yang dah sejuk dan tak sempat gua minum gara-gara mendengar tarbiah percuma tadi. Gua order roti bakar. Letih dengaq ceramah ni.
Dalam minda, gua terfikir.
Perlukah kita buat duit dengan cara ni? Bukankah rumah itu keperluan? Kenapa perlu melabur beli rumah, buat spekulasi tentang tempat tu untuk kasi harganya naik. Dan kemudiannya jual. Untung atas angin. Bercerita tempat tu 15 tahun lagi akan jadi pusat perdagangan dunia. Dan kemudiannya jual. Atau mungkin 30 tahun lagi tempat tu akan ada Disneyland dan Universal Studio dan sekaligus meningkatkan nilai hartanah? Dan kemudiannya jual.
Gua nampak rumah sebagai satu keperluan. Banyak lagi manusia di Malaysia terutamanya di bandar-bandar yang perlukan rumah. Sebab itu wujudnya istilah miskin bandar. Istilah miskin bandar dan miskin di desa lain. Manusia-manusia kelas bawahan macam gua yang tinggal di Pantai Dalam, Sentul, Georgetown, JB, Kampung Kerinchi rasanya tak memikirkan rumah sebagai satu pelaburan tapi sebagai satu keperluan. Keperluan mendesak. Bayangkan jika gaji RM2 ribu (wow bunyi macam banyak) tapi menanggung 4 anak bersekolah dan tinggal di tengah metropolitan.
Rumah PPR yang hanya ada 3 bilik memuatkan katil single itu yang perlu dikaji pelannya, dibina dan dijadikan pelaburan untuk rakyat. Bukan pelaburan dari segi material sahaja tapi pelaburan dari segi pembentukan generasi baru. Sebab apa gua kata macam tu? Sebab bagi gua, salah satu punca gejala sosial yang teruk ini adalah disebabkan keperluan rumah untuk golongan ini yang banyak terabai. Mereka tak mampu memiliki rumah bernilai RM1 juta ke atas seperti yang dicanang oleh member gua tadi.
Dan dek kerana manusia-manusia yang seperti sohabat gua itulah yang gua rasa menjadikan harga rumah kini semakin di tahap tak munasabah. Ramai lagi yang berfikiran sedemikian. Mengubah sesuatu yang asalnya merupakan keperluan asas sebagai satu barang mewah.
Semuanya kerana duit. Ya duit. Ongkos, Rupiah, RM. Ya duit yang menyebabkan manusia menjadi macam ni. Duit itu berhantu. Kata alim ulamak dan bijak pandai, duit ni kalau dibiarkan dia akan mengawal kita. Duit ini kalau dibiarkan, dia mampu membuatkan kita rasa seolah-olah "makin banyak makin tak cukup".
Gua mengiyakan apa yang alim ulamak dan bijak pandai kata. Itu tak dinafikan.
Corong pembesar suara mengumumkan ketibaan flight yang gua tunggu. Gua bangun, bayarkan minum dan roti bakar kami berdua tadi, selepas gua nampak dia macam bagi signal suruh gua bayaq dengan cara beredar cepat-cepat.
Dunia dunia. Cerita pasai juta-juta. Nampak macam korporat. Pelaburan rumah la itu la ini la tapi minum kopi pun gua yang bayaq.

salam,
ReplyDeletebg sy yg dok kat puchong.. tmpt yg agak padat dgn pendudukmemang amat2 terase yg skang ni susah nak cr rumah yg mampu milik.. sumer nye dah jd ratus2 ribu... ruang sempit pd harga 250k... saper yg mampu.. dgn tanah x baper nak ade... huhuhuu.. nasib la dok ngan mentua... bernafas la skit... huhuhu... tp mentua sy plak ade 2 bj umah yg disewakan... katanya, modal utk tutup hutang... sebab skang rmh makin mahal n org 'melayu' susah nak dpt rumah murah mcm dulu...
*klu ade flat kos rendah (dbkl) pun, hanya kaum kerabat dorg yg sapu dulu... nak open utk org luar.. hurmmmm berthn rasenye...
Ni buat sy terfikir jugak. Antara 'pelan jangka panjang' sy dan 'org istimewa', salah satunya adalah pasal nk beli rumah. isu mcm nilah yg dibangkitkan. nk bli rumah utk pulangan ms depan. hm... byk lagi kene pertimbangkn ni...
ReplyDeletehmmm tol la kan... itu antara perkara yang mungkin kena pandang seserius mungkin oleh pihak yang berkuasa dan rakyat sendiri...
ReplyDeletetapi itu... bile adanya kapitalisme dalam dunia kita... banyak kes kebajikan jadi kan nilai untuk himpunkan rete juga.... ni sektor hartanah ni kan...
UJ pun bersyukur la jugak... kuarters goverment masih lagi boleh jadi tempat beteduh... anak beranak kan....
mana yang baik kita sokong kerana kita bukan pengganas atau pun ekstrimis...
Aku beli rumah sebab nak bermastautin. Dapat la yang ikut bajet dan keluasan yg ok walau jauh sikit dari bandar.
ReplyDeleteKalau untuk investment tu baik aku cari tanah pastu carik few buyers dan pecah lot. Lagi untung beb. Tak perlu keluar modal langsung. Modal air liur je.
Tapi tak perlu la nak kompang satu dunia benda yang kita buat kan. Masing2 ada preference sendiri.
The rule of thumb is buat la apa yang kita rasa terbaik untuk diri ngan famili. Ikut orang mampuih kita..
x dinafikan pasal isu harga rumah ni...contoh Nusajaya, JB...harga rumah teres 2 tingkat kawasan ni kebanyakan dah melebihi rm250k-rm500k..pdhl rumah teres yang sama 2-3 tahun lps baru rm150k...
ReplyDeletesebab apa harga dah melonjak mcm tu?sbb developer mmg target nak jual pd harga rm250k ke atas..disebabkan adanya polisi utk singaporean beli rumah di JB pada harga rm250k ke atas..bawah pada rm250k diaorg x layak...yang teruknya org marhaen mcm kita la...
kononnya polisi tu mcm nak tolong rakyat...tp sebaliknya plk yg rakyat dpt...kita terpaksa bersaing dgn singaporean dari segi kemampuan memiliki rumah...
terima kasih Wilayah Pembangunan Iskandar...
beli rumah kat kl la sme...nanti hang jadi KSN kene duk kl jugak...beli la ni sementara harga masih 1 juta....tak lama jadi 5 juta lagi la tak mampu...bila nak belanja aku kopi o jugak??
ReplyDeletehahahaha
Uncle Jojo/Nifalnin: Nak buat macam mana. Dah manusia yang jadikan keperluan tu satu barang mewah untuk buat duit. Maka jadi mewahla dia ... tak mustahil nanti nasi kosong akan berharga Rm5 sepinggan.
ReplyDeleteWani: Jangan sampai bergaduh nooo.
Angah: setujuuuu.
Man: Hang takpa tokei one drop perfume. Bila nak mai tanjong ni. Geng tamn sardon dok tanya nu.
Rumet: Mai tanjong la. Bukan takat kopi O, kari kepala ikan semua bolehhhh. Terbaikk!
sekadar mencelah - kalau ikut satu bahasan imam syafi'e berkaitan syarat kemampuan menunaikan haji ialah bila kita ada lebih daripada satu rumah. in fact, bagi aku, kalau keadaaan sekarang, lebih daripada dua kereta pun dah boleh kira.
ReplyDeleterational - yang pertama adalah keperluan, yang kedua adalah kemewahan. secara tak langsung, jatuh sangat2 wajib buat haji.
so, kalau orang yang sibuk beli second house for investment, harapnya tak lupa lah nak pegi haji. jangan pulak bagi alasan nak kene bayar hutang T*l*k*m la, belanja susu and pampers anak2 la...
and kalau guna alasan tunggu queue from tabung haji, kenapa nak guna kuota "org kurang mampu"? kalau duit dah banyak sangat, register la pakej...kompem dpt pegi....
sorry, lebih daripada satu kereta... :D
ReplyDelete