Ini tangkal. Anak-anak gua punya. Pink untuk akak. Biru untuk adik. Tanpa benda ni, anak-anak gua susah tidoq dan minum susu. Silap-silap, boleh huru-hara satu rumah.
Pernah, dalam perjalanan, kami terpaksa melencong ke supermarket mencari tangkal ini bila tersedar yang kami tertinggal tangkal ni di Penang.
Akak panggil sume tangkal ni "baby". Asal nak tidoq / nak minum susu, musti dia jerit "baby baby" sambil mencari-cari tangkal dia ni. Dulu pakai satu tangkal je. La ni, dah kena pakai 2 tangkal. Untuk peluk kiri kanan. Mengada sungguh.
Owh ya. Kalu hangpa perasan, suma tangkal ni kena penyakit "gangren", yang mengakibatkan semua kakinya terpaksa dipotong.
Gua kerat dengan gunting sebab tapak kaki dia ada kain satin.
Kain satin mudah koyak/berbulu bila budak² ni asyik "nyonyot" dia. Bila koyak, kapas dalam dia keluar. Dan kerana kapas tangkal ni lah dulu, akak batuk tak berenti berminggu-minggu sebab rupa-rupanya dia dah kumam-kumam kapas tu dalam mulut dia. Dia jadi gatal tekak dan asyik batuk saja. Dan muntah.
Hmmm. Buat masa la, akak dah ada 3 tangkal. Adik baru 1. Nanti ba cari lagi kat adik ok.
Bau dia takyah ceritala. Asyim-asyim bacin-bacin.
Tapi sedap. Hahaha.
Tangkal tu melekat bau anak-anak gua. Sebab tu gua kata sedap baunye.
Selain isteri, depa la penyeri hidup gua.
Permata hati gua.
Alhamdulillah.
:)
bahaya ni.. nanti nak pi sekolah kena bawak tangkal! 3 pulak tu!!!
ReplyDeleteHaha lama lagi nak sekolah. Rasanya boleh buang habit tu nanti by the time nak p sekolah. Biaq p la dia enjoy dulu life dia tanpa sekolah ni ....
ReplyDeleteWahh.. kami dulu ayah beli teddy bear je.. patung2 menyerupai manusia ni dia tak kasi..
ReplyDeletetapi, tah camne ade satu barbie doll di rumah tu, org bagi kot.. haaa.. jawabnye jadi pelanggan tukang gunting rambut la.. elok rmbut panjang mengurai, makin lama makin pendek dan last skali botak..
:)