Wednesday, January 27, 2010

Mari Memasak Lagi

Memandangkan wifey masih di kampung,
Hari senin lepas, gua memasak lagi. Simple.
Buat Mee Sua Th'ng Ayam ala Sizzling.
Atau dalam bahasa mudah, Sizzling Mee Suah (Mee Sanggul) dengan Kuah Sup Ayam.
Kalo biasa, gua masak, wifey tolong kemas.
Kali ni, gua masak, gua kemas.

Bahan-bahannya cukup mudah.
Gua beli di Giant saja masa nak balik ke rumah lepas kerja.



Sedikit Siew Pak Choy atau baby sawi.
Kasi rendam dalam air garam.
Tujuan nak bagi lembut dan supaya keluar segala ulat-ulat dalam batang sayur (sekiranya ada). Hadirnya ulat-ulat kecil dalam sayur menunjukkan sayur tu tak menggunakan racun. Ulat-ulat ni sensitif kalo direndam dalam ayaq masin. Petua arwah mama.



Sedikit isi ayam di potong kecil-kecil besaq dadu.
Habuan nak buat sup.



Sebungkus Mee Suah / Mee Sanggul.
RM 0.90 sebungkus (ada 4 sanggul mee).
Gua guna 3 sanggul.



Stok ayam. Tarukla secamca besar.
Atau sesedap rasa.
Jangan pulak taruk sampai sebotol.



Bawang putih 3 ulas kecil.
Ditumbuk tak halus sangat.
Gua tak pakai blender suma tu. Tu keja orang malas.

Dan sedikit minyak untuk menumis serta secamca besar tepung jagung dibancuh likat dalam air (untuk memekatkan kuah sup). Serta garam dan gula sesedap hati.

Mula-mula buat sup. Cara membuatnya:

- Tumis bawang yang ditumbuk.
- Agak-agak naik bau / kekuningan, boh stok ayam dan isi ayam, dan sedikit air. Bagi dia masak dan naik bau. Boleh boh gula dan garam sesedap rasa.
- Tambah air. Jadikan ia sup. Jangan banyak sangat. Nanti ceroi pulak. Sambil tu boleh masuk batang sayur Siew Pak Choi tu dulu. Biarkan sampai mendidih dan batang sayur lembut. Boleh juga taruk sayur lain seperti lobak merah (carrot) atau sayur campur (mix vege) mengikut selera masing-masing. Sesambil tu, bolehlah juga sekali lagi adjust rasa gula dan garam, pun mengikut sesedap rasa.
- Bila dan mendidih, bolehla masukkan tepung jagung yang dah dibancuh. Jangan lupa, sentiasa kacau sup tersebut. Pelan-pelan kacau. Ni bukan kacau dodoi.
- Agak-agak dah ok, tutup api. Pinggirkan sebentar. (macam Indon pulak bunyinya).

Kemudian, amik kuali sizzling. Gua pakai kuali goreng telur saja. Nyalakan api. Taruk Mee Suah yang kering tu atas kuali. Macam dibuat di kedai sizzling tu.

Agak² dah panas kuali tu, taruklah kuah tadi ke atas Mee Suah tadi. Berhati-hati dengan ledakan kuah akibat kepanasan melampau sang kuali.

Kemudian masukkan daun Siew Pak Choy tadi. Boleh juga masukkan telur sekiranya mahu. Gua tak masukkan telur. Gua cuma taruk sosej rebus sebagai tambahan. Biarkan atas api. Tak perlu lama. Cukup dalam 1-2 minit dan sedia untuk dimakan.

Sediakan juga kicap dan cili padi potong. Sediakan juga segelas air minum. Berais lebih afdal sebab boleh kurangkan pedas bila tergigit cili nanti.

Hasilnya:





Ok la tu masakan orang laki. Tu kira rajin tu. Silap-silap AFC Channel (Astro 703) mai buat shooting kat rumah nanti. Hehe. Perasan.

Tuesday, January 26, 2010

Sebelah

Minggu lepas. Di Penang. Hari Sabtu. Gua ke Rope Walk. Atau juga dikenali Lorong Kulit. Gua memang suka ke tempat-tempat jualan atau flea market macam ni. Cukup suka. Seronok tengok gelagat manusia yang beribu macam gayanya. Saja melilau di situ. Melihat kemeriahan pasarnya.



Segala macam barang ada. Daripada poster rokok zaman Mahmud June muda² dulu, piring hitam, spenda (serius gua tak tipu), baju bundle, tasbih, handphone curi, selipar cap boya RM50(pun curi), stiker kereta, kepala paip, download ringtone, buah, vcd second hand, kaset second hand, pokok bunga dan macam-macam lagilah. Semua ada di situ. Bahkan kalo ada yang berhajat nak beli beskal tua pun (yang baru berkilat) pun boleh berbuat demikian. Of course yang jual dia pun adalah orang-orang lama. Otai.



Sekonyong-konyong, satu hamba Allah datang rapat dengan gua. Dari raut wajah dan keselekehan pakaian dia, dapat diagak yang mamat ni merupakan mat pit. Atau mat ganja. Dia ada bawak satu beg plastik itam. Dan menghampiri gua.

"Brader, mau kasut ka," dia approach.

"Kasut apa? Berapa hang mau tolak. Mai aku tengok dulu," jawab gua. Bukan nak beli pun. Saja shok layan. Tapi mana la tau kan, sekali memang barang elok, gua sambar je.

"Kasut cantekkk brader. 5 ringgit saja brader. Baru angkat malam tadi. Sempoi punya ni" explain dia lagi dengan loghat Penang piau** dan tangan melilau sana sini. Biasala, Mat Pit Penang. Sembang kalau tangan tak melilau, bukan orang Penang la namanya hahaha.

"Ya la. Aku tau. Bok mai aku tengok dulu," Gua sound, sambil ambil beg plastik yang dia bawak. Teruih gua tengok isi dalam beg plastik hitam dia bawak tu.

Dan.

"Oi apa ni? Hang juai kasut pala cicih apa sebelah saja ni? Mana p sebelah lagi? Nak pakai lagu mana ni?" Gua tanya dia.

Dalam keadaan separa "high", baru mat pit tu perasan kasut dia bawak tu ada sebelah saja.

"Aisehh tak perasan la brader. Takpa saya p balik amik angkat sebelah lagi kat rumah kawan tu malam ni. Brader amik dulu sebelah ni. Cincai kira 3 ringgit saja sebelah," dia jawab.

"Pala otak hang. Dah dah .. aku takmau. Hang blah p tanya orang lain. P cepat satlagi aku suruh Tok Bond**tu mai angkut hang," sergah gua sambil menunjuk pada polis yang tengah saman kereta parking tepi jalan.

Cepat-cepat dia belah. Ah mat pit, mana dia tau tu polis trafik ka Tok Bon.

Kosa kata hari ni:
** Tok Bond = mata-mata.
** Piau = pekat.

Wednesday, January 20, 2010

Guru Tuan Lhu-Tat





Gua jumpa dalam peti surat di apartment gua semalam.
Sapa nak try, telefonlah haha.
Selain bagi nombor, tanya dia, sakit urat dia boleh bagi ubat dak.

Monday, January 18, 2010

Hujung Minggu Lalu

P Mengail
Hari Sabtu, gua p mengail di Juru. Kuala Juru to be exact. Gua p sana tak pakai GPS pun. Peta apa pun tadak. Main tanya-tanya orang saja. Lagi adventure.

Dapat sembilang 3 ekoq. Okehla tuh. Masa nak balik, singgah kedai suruh dia goreng kunyit. Minta kuah gulai kosong dengan sambai belacan. 2 pinggan nasik selamat gua baham.

Gua tanak cerita pasai ikan. Gua nak cerita pasai menusia yang gua dok jumpa masa p mengail. Macam-macam ragam. Banyak mengail, banyak pengalaman. Kali ni, ,masa mengai, gua sempat bersembang dengan orang kampung situ yang turut sama mengail dengan gua. Dari sembang pasai pancing sampai la hal-hal duniawi yang lain.

Betul la. Rajin bersembang dan menjelajah ni kadang² banyak kebaikannya. Ada ilmu yang tak dapat diperolehi dari buku /nota PTK/ pekeliling/ universiti tapi hanya dapat melalui mengembara. Pengalaman sebagai guru.

Di sini gua kenai satu orang ni. Nama dia Ishak. Gua panggey abang Aq saja. Dia jalan capik-capik sikit. Satu macam ja gua tengok. Gua ingat eksiden ka apa. Sembang-sembang lama pastu, gua huloq rokok. Dia kata takpa terima kasih. "Saya berenti dah", jawab Abang Aq.

Gua tanya macam mana berenti. Gua dah lama nak berenti tapi asik gagal.

Selamba dia selak kaki seluaq dia. Dia bukak kasut. Tunjuk yang kaki dia kena potong. Gangren. Bukan sebelah tapi kedua-belah kaki wei.

Astaga mengucap panjang gua.

Nak terlepas rokok kat bibir tu. Kaki dia kena potong wei. Ada sampai part tumit je. Itu yang belah kiri. Yang belah kanan, ada la sikit lepas sikit dari part tumit tu. Tapi ujung kaki (part jari) dah tadak. Tergamam beb gua tengok.

Maap. Gambar gua tak dapat selitkan lagi.

"Ni yang buat saya berenti merokok. Kena gangren." selamba abang Aq tarbiah gua. Memang gua tergamam. Sumpah gua terkedu masa tu. Inilah kali pertama gua jumpa orang yang kena gangren disebabkan merokok. Bukan sebab kencing manis. Betul. Badan abang Aq steady saja. Badan sihat tak boroi. Maklumlah kerja kampung. Tapi dalam steady, rupa-rupanya ... isk.

Jadi, iklan yang selalu diletak kat kotak rokok tu betullah. Hehe. Gua speechless. Tatau nak kata apa. Terima kasih gua ucap kat abang Aq yang baru saja gua kenai. Itu pengajaran paling berguna.

Gua tau susah nak berenti. Orang tak isap rokok senang la cakap. Tapi gua akan usaha jugak.

Bola.
Lawan Kelantan di Kangaq. Gua tak balik Kangaq kali ni. Tak macam tahun lepas masa Piala Malaysia. Tengok tivi saja malam tu.

Perlis seri. 0-0. Oklah tu. Dengan status Kelantan yang penuh bintang, seri pun dah cukup baguih untuk Perlis. Secara keseluruhan, game ok. Biasa-biasa saja.

Defend mantap kecuali aksi minit akhir GNan yang hampir memberi gol pada Kelantan. Cilakak. Lain kali clear ja la. Dah injury time dah masa tu. Jangan dok dribble tak ketahuan dalam penalty box. Nasib baik rembatan Che Hishamudin tak masuk.

Tengah pulak, walaupun baguih dalam merampas bola dari musuh (main robust), tapi amat kekurangan idea untuk menyerang. Rampas bola pastu sangkut dan rampas balik. Kan ka penat tu. Tadak natural mid yang kreatif untuk jana serangan.

Boleh diperkemaskan lagi dengan syarat, kena cepat² cari mid yang boleh create bola untuk striker. 3 game baru score 1 gol. Sesuatu yang membimbangkan.

Lepas game, gua keluaq pekena burger di Jalan Dato Keramat (dekat area Dobi Ghaut). Nasib baik gua tak p tengok race malam tu. Kalau tak, dengan gua sekali kena angkut p balai. Harharhar.

Hari Ahad
Dapat call dari Johor. Wifey tak sihat. Sakit yang haritu datang balik. Mujoq tak se"serius" haritu. Kak Ida (ipaq gua) suruh dia dimasukkan ke Hospital Somban. Buat further checkup. Takut ada penyakit lain selain kencing manis dan gastrik/angin. Budak² dok dengan tokmak jap di Somban, di umah kak Ida. Kak Ida uruskan tolong semua. Terima kasih mak. Terima kasih Kak Ida.

Lega sikit gua dengar. Khamis dan Jumaat ni gua amik cuti. Nak naik bas ke Somban. Isk ya Allah jangan la jadi apa² kat wifey. Gua sayang dia. Dunia akhirat. Dalam dunia ni, selain wifey dan anak-anak, gua tadak apa lagi dah.

Friday, January 15, 2010

Azam malam ni.

Hampir sebulan wifey dan anak² berada di kampung. Selama itulah gua asik makan nasik bungkus. Lama gua tak memasak. Nak memasak pun tadak mood sebab sorang saja.

Tapi mana boleh tahan bai. Hari-hari makan nasik bungkus.

Malam ni (kejap lagi), gua nekad. Nak jadi apa pun, jadilah. Gua nak masak.

Menu dalam kepala gua, simple saja. Gua nak buat sayur bayam (masak air) + ayam goreng kicap.

Tu je azam gua malam ni. Juga merupakan azam pertama tahun ni.

Kanak-kanak riang.

Haritu, kanak-kanak riang ni dapat hadiah.
Nak tau hadiah apa?




Beskal untuk kakak.



Walker untuk adik.



Dua kanak-kanak sedang mencoba hadiah.
Kakak memang selalu berlenggeng. Selesa agaknya.



Happy huh?


Mekasih tokmak dan tokpa ....

Thursday, January 14, 2010

Mencari di mana Bacin²?

Ada 2 kanak² dalam gambar ni.
Di manakah bacin²?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tuesday, January 12, 2010

Ceritus kakikus terkenus ekzus



Ini kaki. Lebih tepat lagi, bahagian betis.

No No.

Gua bukan nak tunjuk betis gua yang seksi ni. Aurad masih terjaga tau.

Gua cuma nak cerita, inilah padahnya akibat terkena ekzos moto panas.

Gua pernah kena ekzos sekali, masa naik dengan abah. Lama dah. Tahun 80-an agaknya. Masa nak turun moto. Gua kecik (dan kiut) lagi masa tu.



Gua mola (curi-curi) bawak motor tahun 91. Masa tu abah ada sebuah Honda C50 atau juga dikenali dengan Honda Lampu Bulat. Curi-curi bawak dalam taman ja. Sampai sekarang moto tu diguna lagi. Tahun 91 dikira spesel sebab masa tu la di mana gua mola pakai spek mata sampai sekarang dan tahun tu jugakla gua "masuk jawi". Atau bersunat. Nanti kita story pasai benda tu.

Untuk rekod, sepanjang hampir 19 tahun gua bawak moto, (secara illegal ataupun secara sah), inilah kali pertama gua terkena ekzos. Terus lekat cop mohor. Sebesar sudu besar. Sakit tu tak sangat. Cuma pedih je. Terutamanya masa melekat terkena seluar/kain.

Gua p klinik, dia bagi krim sama ubat antibiotik. 2 hari pakai, gua rasa macam tak mujarab je.

Ah. Sapu minyak gamat jela. Lagi baguih.

Thursday, January 7, 2010

Kisah Tangkal.



Ini tangkal. Anak-anak gua punya. Pink untuk akak. Biru untuk adik. Tanpa benda ni, anak-anak gua susah tidoq dan minum susu. Silap-silap, boleh huru-hara satu rumah.

Pernah, dalam perjalanan, kami terpaksa melencong ke supermarket mencari tangkal ini bila tersedar yang kami tertinggal tangkal ni di Penang.

Akak panggil sume tangkal ni "baby". Asal nak tidoq / nak minum susu, musti dia jerit "baby baby" sambil mencari-cari tangkal dia ni. Dulu pakai satu tangkal je. La ni, dah kena pakai 2 tangkal. Untuk peluk kiri kanan. Mengada sungguh.



Owh ya. Kalu hangpa perasan, suma tangkal ni kena penyakit "gangren", yang mengakibatkan semua kakinya terpaksa dipotong.

Gua kerat dengan gunting sebab tapak kaki dia ada kain satin.

Kain satin mudah koyak/berbulu bila budak² ni asyik "nyonyot" dia. Bila koyak, kapas dalam dia keluar. Dan kerana kapas tangkal ni lah dulu, akak batuk tak berenti berminggu-minggu sebab rupa-rupanya dia dah kumam-kumam kapas tu dalam mulut dia. Dia jadi gatal tekak dan asyik batuk saja. Dan muntah.

Hmmm. Buat masa la, akak dah ada 3 tangkal. Adik baru 1. Nanti ba cari lagi kat adik ok.



Bau dia takyah ceritala. Asyim-asyim bacin-bacin.
Tapi sedap. Hahaha.

Tangkal tu melekat bau anak-anak gua. Sebab tu gua kata sedap baunye.
Selain isteri, depa la penyeri hidup gua.
Permata hati gua.

Alhamdulillah.
:)

Tuesday, January 5, 2010

Cepumas.

Dulu.

Sebab gua suka "p mengail" / memancing, ada orang pernah tanya gua, awat gua suka mengail. Awat tak beli saja dari market, awat sanggup tunggu berjam² walhal dapat pun belum tentu, awat itu, awat ini.

Gua tatau nak jawab apa. Gua cuma jawab, itu hobi. Gua suka.

Memang sedari kecik gua suka memancing ikan. Dari memancing dan bergelumang di bendang/sawah, parit, longkang, sungai, sampaila ke kolam, lombong, kolam berbayar dan laut. Cuma sewa bot ke laut gua belum buat.

Gua fobia dengan laut dalam. Dulu masa berkayak pusing Pulau Pangkor masa OBS, kayak gua terbalik kena ombak. Dan gua betul² fobia dengan laut dalam / open sea. At least sampai sekarang. Kalau nak p mengail di laut pun, kena bot yang betoi² besaq. Bukan bot "fibre" yang bila kena ombak ja, meremang bulu roma kita.

Ok. Kita sambung pasal soalan cepumas dia tadi. Kenapa suka mengail.

Gua cuba jawab lagi, "Memancing ni, selain dapat rasa seronok feel menarik rod masa dapat ikan, dia jugak mengajaq kita bersabar, sebab bukan setiap masa kita p memancing tu kita akan dapat ikan"

Tapi selamba orang tu jawab, "Ya ka? Abih awak ni penyabar sangat ke orangnye?"

Cis terkena gua. Mentang² gua pembaran orangnya.

Gua diam. Malas nak layan soalan tu. Orang tu pun dah jadi suri hidup gua sekarang. Dan ibu pada anak² gua.

Sabaq ja la dengaq dia punya ayat. Selamat memancing. Hehe.

Monday, January 4, 2010

Kisah Sedih Akak

Salam. Selamat tahun 2010.



Ini akak.

Seperti yang pernah diberitahu (ye ke?), anak sulung gua merupakan peminat Ultraman. Biar pun hanya baru 2 tahun ++, dia suka sangat beraksi dengan gaya melawan sambil menjerit "hosh hosh" di depan tv masa menonton Ultraman. Dan dia juga ada sehelai baju character terhebat dari Jepun tu. Oh ya dan lagi, dia juga ada sebiji patung mainan Ultraman. Suma mak dia yang belikan.

Ini pula adik.



Baru nak masuk 9 bulan. Baru pandai "menjuloq", kata orang Perlis. Ataupun mengesot or apa² sajalah. Tapi bukan merangkak. Tu pun dah letih nak mengepung pergerakan dia. Macam lipas kudung. Skill terkini, mampu memegang botol susu sendiri. Alhamdulillah, adik masih belum pandai minta adik lagi. Tak macam Anija, bini si Aizal ni ha. Haha.

Satu hari.
Kakak belek-belek Ultraman dia. Macam ada tak kena ja.



Rupa-rupanya, adik dah capai patung Ultraman akak. Langsung dipatahkan lengan Ultraman tu. Astaga.



Kesian tengok akak masa tu. Dia diam je. Belek-belek patung tu. Pusing sana, pusing sini. Cuba-cuba nak masukkan tangan dia. Tak nangis, tak marah. Tapi nampak sangat raut sedih kat muka dia. Sayu. Kesian sangat gua tengok muka dia. Takpala, nanti ibu boh gam cap gajah kat lengan dia, ok?