Wednesday, December 16, 2009

Sok Sek Sok Sek

Minggu lepas.

Gua jadi Panel Penilai PTD Assesment, lagi. 3 hari. 3 sesi. 3 kumpulan peserta yang berlainan setiap hari. Jumaat, Sabtu, Ahad.

Kali ni di Intan Keluang, lagi. Gua takmau nak ulas pasal aktiviti gua selaku Panel Penilai ni. Gua nak ulas pasal makan-makan.

Macam biasa, musti ada sohabat² dari batch gua yang jadi panel jugak. Ada Ard@Bacok, Zowie, Wong, AG, Yati dan Aida. Dan bila berhimpun ramai-ramai, aktiviti wajib di Keluang adalah ke Keluang Station untuk pekena roti bakar dan kopi o. Sesambil tu, sok-sek sikit pasai kawan tu, kawan ni, kutuk-kutuk sikit. Sikit je, tak banyak. Hehe.

Orang kata Keluang Station ni terbaik untuk minum kopi dan makan roti bakar. Itu orang kata. Tapi, ini pendapat gua.

Serius cakap, bab roti bakar Keluang Station ni, boleh dikira okla. Takdela superb sangat seperti yang digembar gemburkan. Gua makan roti bakar di Penang lagi ho-liao. Roti hailam yang dibakar pakai bara lagi. Bukan pakai oven. Nak tau kat mana? Mai Penang, halo gua. Nanti kita p sana, kalo gua free.

Tapi yang paling mengecewakan, kopi O dia. Hancoq. Jahanam. Pertama, kopi dihidang dalam cawan/gelas minum teh tarik macam di kedai mamak. Bukannya cawan putih ala-ala klasik macam kedai² kopi antik yang biasa gua pergi. Hilang terus dia punya ke'klasik'kan minum kopi tuh. Yang kedua, gua rasakan kopi dia takdela sedap sangat. Tak cukup kaw. Ceroi. Cair macam air mata. Kopi yang kurang kopi. Apala. Itukan trademark dia. Patutnya depa kena la jaga dia punya trademark.

Bagi gua, nothing spesel kat Keluang Station ni. Tak seperti yang digembar gemburkan. Kalau nak lepak² bual-bual bolehla. Mungkin salah/silap orang yang gembar gembur tu. Mungkin tahap citarasa dan kecintaan orang-orang ni terhadap makanan ni masih belum mencapai tahap "Api Syurga Meragut Lalang" atau dalam kata lain, belum layak untuk menjadi pengkomen makanan atau menjadi "food tester".

Ah. Tak dinafikanla, bila bab makan ni, tadak yang sehebat Penang. Tak heran la gua naik hampir 13 kilo selepas 3 tahun posting di Penang ni.

3 comments:

  1. Aku Sokong Sme...Penang da best!!

    ReplyDelete
  2. Aku pun sokong gak, Penang's food among the best!!(Kelantan's food pon best gak tapi takleh compare sb different type of food)

    ReplyDelete
  3. Poknik/Punz: Haha tak dinafikan. Tapi macam ko ckp tu betul gak Punz, makanan kat kelantan pun terbaik jugak.

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini