Friday, August 28, 2009

Bla bla bla ....

Bulan Ramadan. Tahun 1430H.
Puasa kali ni dipenuhi hujan.
Sana hujan sini hujan dan sinun pun hujan.
Sejuk. Macam Cameroon Highland pulak gua tengok Penang ni.
Sejak sehari sebelum puasa, sampai la hari ke 7 Ramadan ni.

Eh taklah. Gua tak kata gua tak suka hujan.
Biarpun beberapa kali gua sampai ofis dlm keadaan lembab (bukan basah kuyup)
Tapi gua hepi. Gumbira.
Gagi gua, hujan ka apa ka, suma tu Allah Taala bagi.

Gua marah kalo jerebu je.
Sebab tu manusia yang bagi.
Manusia yang buta perut.
Dan manusia yang @#$$&^&^^%^&*(*&.

Bulan Ramadan. Tahun 1430H.
Lagi 70 tahun, genap 1500 tahun Nabi Muhammad SAW berhijrah.
Meninggalkan legasi tak terhingga buat ummatnya.

Gua tak pasti sama ada pada 1500H itu gua hidup lagi ka idak.
Anak gua, sorang yang sekarang umoq setahun lebih dan sorang lagi umoq empat bulan tu pun nanti dah berusia 70 / 71 tahun (lebih kurang) pada 1500H. Itu diaorang. Gua?

Dan gua tak pasti sama ada selepas 1500 tahun Hijrah oleh Baginda SAW itu, umat Islam makin mundur ke belakang, atau mara menjadi umat peneraju di dunia ini.

Oh ya.
Gua sebut jelas di sini; Umat Islam.
Bukan orang Melayu.

Peace ! Dan Salam Ramadan juga.
Moga posa kita bukan posa yang kosong dan sia-sia.

No comments:

Post a Comment

Ha jemput mai brok brek sini