Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day

Istimewanya hari semalam bagi kebanyakan orang, ia adalah hari ibu.

Selamat hari ibu buat isteri tercinta yang kini turut bergelar ibu. Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan segala-galanya dalam membesarkan putera puteri kita. :)

Hmm

Seperti hari2 ibu yang lepas sejak 5 tahun dulu, hari ibu kali ni dan seterusnya sampaila bila2 pun tetap merupakan hari biasa bagi aku. Ya. Aku dah tadak ibu. Hanya Alfatihah dan doa yg mampu aku hadiahkan untuk ibu di sana.

Ma,

Along sayang mama. Sejak mama tadak, macam2 jadi kat keluarga kita ma. Habih jadi huru hara. Along rindu kat ma. Sebab rindu sangatla, semalam jugak along p kuboq ma di Tok Peduka, lepas dekat setahun setengah Along tak balik Perlih kerana membawa diri. Along balik sorang ja sebab menantu mak tengah pantang lagi. Owh ya, ma tau dak yang ma dapat cucu comei lagi. Kali ni hero pulak. Thaqif nama dia. Comei ma. Dagu belah. Ada lesung pipit lagi macam menantu ma. Ma mesti dah tengok kan cucu bongsu ma ni. Masa balik Kangaq kemarin, Along tunjuk gambaq Thaqif kat mak tok, dia kata macam muka along masa kecik dulu. Tembam. Hehe.

Hmm

Ma nampak dak along p tengok kuboq ma semalam? Kuboq ma bersih. Mak tok yang selalu bersihkan kalo dia p sana. Rumput hat ada sikit2 baru nak naik tu along cabut dah. Mana-mana daun kering atas tu suma along buang. Tak banyak, sikit ja sebab maktok selalu p sana. Along tak bawak apa-apa pun kat ma. Along bawak Yasin dengan doa saja hadiah kat ma sebagai hadiah ingatan along kat ma. Along cuba tahan ayaq mata masa baca Yasin kat tepi tempat ma bersemadi tapi tak boleh. Ma nampak kan ? Habih merambu ayaq mata along. Along rindu sgt kat ma. Along doakan ma bahagia di sana na.

Hmm

Ma, along ada kerja ni. Nanti2 Insyallah Along balik pi tengok kuboq ma lagi na. Dan insyallah along tak lupa doa kat ma lepas semayang.

Ma, selamat hari ibu ma. Along tak dapat call ma lagi utk ucap selamat hari ibu macam 5 tahun lepas tapi along tetap sayangkan dan rindukan ma ....

.
.
.
.

** Karya di bawah aku dapat dari email kawan2. **
Aku edit sikit-sikit. Hayatilah.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku .... mak
Bila lapar, yang suapkan aku .... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku .... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut .... mak
Bila bangun tidur, aku cari .... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati .... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah .... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya .... mak
Bila nakal, yang memarahi aku .... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma .... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah .... mak
Bila takut, yang tenangkan aku .... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk .... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon .... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu ..... mak
Bila bengang, aku suka luah pada .... mak
Bila takut, aku selalu jerit .... "makkkkkkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah .... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga .... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu .... mak
Bila ada masalah, yang paling risau .... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku .... mak
Yang selalu buat kuih2 sedap masa raya ..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku .... mak
Yang selalu berleter kat aku .... mak
Yang selalu puji aku .... mak
Yang selalu nasihat aku .... mak
Bila nak kahwin pun ....
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ..... mak


Mak, terima kasih atas segala pengorbanan mak ....

1 comment:

  1. salute!
    ko mmg anak yang baik sme.... nanti Qaseh ngan Thaqif pon jadi camtu la harapnya....

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini