Makan-Makan Jalan Jalan (MMJJ) kini kembali selepas hampir setahun gua tak aktif bercerita pasal makan. Bukan kerana ketiadaan tempat makan menarik tapi kesuntukan masa serta ketiadaan "mood" untuk berceloteh pasal makan inilah yang menjadikan segmen MMJJ yang merupakan tagline kepada blog ini, agak lama menyepi. Serius beb, nak cerita pasal makan ni perlukan mood jugak tau.
Bermula segmen kali ini, gua akan letakkan rating gua sendiri terhada makanan yang gua sempat cuba try test ni. Gua HANYA menilai RASA/KESEDAPAN/KEPOWERAN makanan tu sama sahaja ada Sedap Gila, Sedap ataupun Hampeh. Sila ambil maklum bahawa rating ini adalah personal opinion gua sendiri memandangkan selera atau judgement seseorang itu terhadap sedap ataupun tidak sesuatu makanan itu memang abstrak dan berbeza mengikut citarasa seseorang.
Ini bukan bermana gua abaikan langsung aspek kebersihan tapi tumpuan utama adalah kepada gua adalah kepada RASA/KESEDAPAN/KEPOWERAN. Bagi gua, syarat utama menilai best atau tidak satu-satu makanan ialah kesedapannya. Sama juga kalo kita nak menilai kebersihan tandas, kita musti tengok tandasnya, bukan p tengok ruang tamu ataupun p tengok bilik tidoqnya, kan?
Gua tak menilai sangat (bukan abaikan terus cuma tak tumpukan sangat) dari aspek keceriaan, hiasan dalaman, bla bla bla kerana gua bukan Eric Leong Casa Impian (walaupun dia tiru pesen rambut gua). Gua hanya menilai samada makanan tu sedap ke idak. Kalo hangpa nak menilai benda-benda lain sama, terpulang pada hangpa wokeh ?
Ok tanpa membuang masa, kita ke sebuah kedai masakan Melayu di Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perlu diingat, di Pulau Pinang ada 2 Sungai Dua iaitu di area USM (Sebelah Pulau) dan juga di bahagian Tanah Besar. Untuk yang kali ini, kita ke Sungai Dua di sebelah Tanah Besar ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak semua. Muehehehe.
Salah satu kedai yang cukup terkenal serta tersohor dengan masakan Gulai Kawahnya adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Kedai Gulai Kawah Mid. Gulai kawahnya terkenal kerana ianya dimasak tidak menggunakan dapur gas seperti kedai-kedai lain tapi sebaliknya menggunakan kayu. Bukan kayu golf atau Kayu Nasik Kandar tapi kayu api. "Nak cari kayu, nak cari kayu", Labu.
Satu lagi keistimewaannya ialah kedai ini turut menjadikan Umbut Pisang sebagai salah satu ramuannya, menjadikan kedai Mid Gulai Kawah Umbut Pisang ini adalah satu kedai masakan Melayu Utara yang musti dilawati sekiranya anda berkunjung / "on the way" ke utara.
Bagi yang tak tahu apa itu umbut pisang, aiseh minta maapla, gua pun tak tahu camno nak habaq mai. Umbut Pisang ni adalah bahagian dalam batang pisang yang lembut-lembut dan sodap dimasak gulai. Tak paham ? Aiseh susahlah. Takpa itu perkara kecik. Nak tahu jugak lebih lanjut, boleh cuba try test tanya kat Pejabat Veterinar berdekatan atan Jabatan Pertanian.
Selain itu, kedai ini juga ada pelbagai lauk-pauk lain seperti ayam panggang bersambal, ikan bakaq, sambal belacan serta ulam-ulaman dan bermacam jenis lagilah lauk-pauk biasa mengikut selera Melayu Utara. Tapi memang tarikan utama untuk ke sini adalah tak lain tak bukan kerana dia punya Gulai Kawah yang power. Boleh tangkap kepala untuk yang ada darah tinggi.
Owh ya, kedai ini dibuka pada masa makan tengah hari. Hari apa dia bukak dan hari apa dia tutup tu gua kurang pastilah pasal tak check. Nanti lain hari gua check wokeh?
Untuk ke sana, apa yang perlu dilakukan ialmengikut sahaja Lebuhraya Plus (yang mahal tu) ke Pulau Pinang dan keluar di exit "SUNGAI DUA". Ikut sahaja ke singnbord ke Sungai Dua dan dalam 1-2 kilometer dari susur keluar itu anda akan ternampak papan tanda kedai tersebut di sebelah tangan kiri anda/sebelah penumpang (kecualilah kereta anda kereta yang pemandunya duduk di sebelah kiri).
Tarikan Utama: Gulai Kawah Umbut Pisang (9/10)
Rating Gua: Sedap Gila.

Sme,
ReplyDeletekedai nie baru bukak ka?? Time aku blajaq sini takdak lagi nih..
Nak kata baru pun dak jugak. Awal 2000, Lama baru belakang cerita. Yang penting sodap.
ReplyDelete