Sunday, February 10, 2008

Seret Gaban ke Ruang Angkasa Setan !!



Wakasau Wakasau

Bagi generasi lewat 70-an dan awal 80-an, pasti tak lupa akan satu superhero bernama Gaban. Ditayangkan RTM 2 setiap Khamis jam 5.30 petang tahun 88-89 kalo tak silap, Gaban merupakan ikon bagi kami generasi tersebut. Pantang sungguh kalo time2 tu mak suruh p kedai ataupun jaga adik, mesti ada saja alasan sebab "nak tengok Gaban".

Bagi kami, Gaban adalah simbol kenangan yakni salah satu kenangan terindah untuk diceritakan pada generasi milenium. Ayat-ayat seperti "BAJU GABAN" (sambil menggayakan aksi Gaban bertukar dari manusia ke suit Gaban dengan kepantasan 0.05 saat) pasti menjadi cerita turun temurun lepas ni. Tak lupa juga, ayat keramat bila orang jahat nak kalah di mana ketua dia akan seru "SERET GABAN KE RUANG ANGKASA SETAN" supaya kelebihan berlawan ada di pihak orang jahat. Pasa masa tu lah segala air laut dan bumi akan berputaq melawan arah tapi keperkasaan Gaban memang tiada tandinganlah.

Heh.
Kami rindukan zaman tu tapi kami tau, zaman tu pasti tak bleh mai balik dah.

So, enjoy the clip dan abaikan lirik dia tu ...

9 comments:

  1. Haha... kami di Sain Mache mengabadikan hero ini pad nama sejenis ikan... well, pasti kamu tahu ikan yang mana satu! :D

    ReplyDelete
  2. isk.. sampai hang pun tau kaa.. actually aku tak jadik pergi mana mana.. dok pk balik lebih baik aku keje kat negara sendiri dari kat luaq tu.. atleast laa ni aku ada banyak masa dgn family aku.. hahah.. apa apa pun aku suka dgn cerita gaban ko tu bersama sama dgn lirik tu jugak.. haha.. rupa rupanya gaban tu cakap bahasa melayu..

    ReplyDelete
  3. Gaban? Masa itu aku belum bersunat lagi rasanya. Hehehe!

    Nak tanya, macamana prestasi perkhidmatan jalur lebar Celcom yang pakai pena USB itu ek? OK tak? Mana ok kalau pakai Maxis punya.

    ReplyDelete
  4. GABAN Z, POTONG DUA!!!!!

    raksakse pon terbelah sambil meletup2 sket kt tpt terbelah tu....

    *aku rase budak pompuan lagi suka SURIA PERKASA HITAM - kacak heronya!!!

    ReplyDelete
  5. mudin: kawe raso tu musti ike jaket

    acong: dok malaysia la cong. dekat dgn family. buat pa nak p jauh2.

    incik JP: buat masa ni, celcom bband ni orait saja. cuma da 2-3 benda kena bagitau:

    1. Nak cucuk kad ni, kena bukak dulu pc suma, maknanya kalo tak bukak pc dulu (cucuk dan baru on pc, rasayanya takleh detect usb ni sebab aku dah try 3-4 kali). jeadi, Kena bukak dulu pc, dah abih loading suma baru bleh cucuk usb ni.

    2. Macam hp jugak, lepas2 "on" p musti dia amik masa seminit dua utk kesan signal tu. Jadi silalah tunggu sebentar lepas cucuk usb tu. Amik masa jugak nak detect.

    3. Prestasi keseluruhan masa guna benda alah ni adalah memuaskan. Speed 3.6 Mbps (ikut popup dia la). Tapi rasanya ok saja. Kadar disconnected yang rendah cuma kadang2 signal dia macam signal hpla, kejap ada kejap takde so kalao tiba2 hilang signal, boleh cabut dan bubuh balik la usb tu. Kadar kejadian kes seperti di atas adalah sangat rendah.

    4. Signal amat memuaskan (ujikaji ni hanya di Penang bukan di Jeli/ Gua Musang mahupun Mukah/Sarikei/ Kota Tinggi/Baling).

    5. Jadi Rating kami mengenai USB ni: 3.5/5 bintang.

    Phacat: nanti aku cari klip suria perkasa hitam ni. (Tendangan Padu Maut dia punya pukulan KO)

    ReplyDelete
  6. sme, tolong kasi no fon ko kat aku..ada hal sket la nak call ko plsssssssss

    ReplyDelete
  7. O. Terima kasih banyak atas info itu. :)

    ReplyDelete
  8. memang hebat! sampai perkataan gaban tu digunakan di hampir semua ayat yang menunjukkan betapa la susah atau best atau busuk atau apa2 jer la... sebagai contoh.. penat tahap gaban ataupun busuk tahap gaban....

    Aku tetap syok kat suria perkasa hitam.. muahahahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau dpt tengok balik cerita gaban versi alih suara Melayu mesti best! Sapa ada kenai orang2 yg dok ketts di arkib RTM kot2 buleh dpt copy video versi tu..

    ReplyDelete

Ha jemput mai brok brek sini