Tuesday, February 27, 2007

bertambah setahun lagi ...

hari ni 27/2/2007,
sebulan lebih aku tak posting,
banyak benda berlaku dlm sebulan ni,

peristiwa terpenting,
tentulah pertukaran status dari bujang ke "not available anymore"
alhamdulillah,
dengan rahmat dan keizinan dari Allah SWT,
dengan sekali lafaz,
aku dah pun bergelar suami bermula dari hari Jumaat malam Sabtu 16/2/2007,
syukur pada Allah SWT yang memudahkan segalanya,
besar tanggungjawab aku lepas ni,
azam aku, nak jadi suami terbaik pada isteri tersayang, Lyla,
terbaik makna kata dari segala segi dan segala sudut ....



dan pada kawan2, saudara mara dan tetamu yg hadir,
berbanyak-banyak terima kasih kami berdua ucapkan,
doakan juga kebahagiaan kami dalam melayari bahtera sebagai suami isteri ni.
gambar nanti aku uploadkan ok.

dan hari ni jugak,
pada 27/2/2007,
genap 27 tahun umoq aku,
kali pertama sambut besday dgn wife tercinta,
berbeza tu.
:)









hmmm
dan
pada 27/2/2007 ni jugak.
kali ketiga aku sambut besday tanpa mendengar suara mak.

Biasanya tiap2 tahun bermula semenjak aku di mrsm, mak akan ucap happy besday kat aku ikut telefon. Masa aku f5, pernah mak telefon ke pejabat mrsm semata2 nak ucap happy besday. Terpaksa kerani pejabat mai ke kelas panggil aku untuk jawab telefon tu. Sampaila aku sambung belajaq ni univ, dan keja dgn Tele*om, pagi2 lagi mak akan telepon, just untuk ucap happy besday kat anak sulung dia, walaupun masa aku dah keja tu dia dah mula sakit.
tapi semua tu dah jadi kenangan .....

dah 3 kali dah mak tak ucap happy besday kat anak dia ....

dan sampai bila pun,
.... aku tau yang mak takkan boleh ucap lagi dah happy besday kat aku .....

dan sampai bila pun,
.... aku tau yang mak takkan boleh lagi tengok menantu dia .....

dan aku hanya mampu berdoa semoga mak tenang dan beroleh rahmatNya di sana ......

happy besday to me !

8 comments:

Hany FF said...

hepi besday paklong ++ selamat pengantin baru!. semoga berbahagia ke akhir hayat. :)

isterinya mmu jugak ke? mcm pernah nampak muka dia.

sory,tak dpt hadir ke majlis meriah di segamat hari tu. adik bertunang. ni bila di perlis pulak ni? habaq mai jgn tak habaq! :D

Anonymous said...

smey, hepi besday. dan selamat penganti baru.

semoga terus berbahagia!

Anonymous said...

selamat pengantin baru n happy belated birthday ye!Semoga menjadi suami mithali..hehehe n semoga cpt2 dpt baby ye:)

Angah said...

selamat pengantin baru sme, semoga jadi suami yang membahagiakan isteri

Selamat hari lahir. Birthday ko sama ngan birthday husband aku laaa

Adi Osman said...

sme..slamat pengantin baru
slamat hari lahir

takpa, mak tu memang la kita tak leh cari ganti walau macam mana pun, tapi at least la ni hang dah ada bini! bole la ngubat luka sikit2!

Adi Osman said...

Lupa...

You've been tagged!

rumet said...

oi birthday open table la!

Anonymous said...

hepi besday....nak wish awai lagi tapi tak reti plak nak post komen...ni baru leh post nih...buta it jugak aku ni ghopenye...

congrats sme...jaga bini hang baik2...curahilah dia dengan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya...(wah wah...hebat tak ayat aku?)