Banjir tu bukan sebarang banjir. Kalau kita dok tgk TV/ surat habaq kita akan nampak akan “kehebatan” banjir tu. Manakan tidak, macam tsunami jadinya. Segala jenih bangunan terumatanya di Kota Tinggi (walaupun nama dia kota "TINGGI") kebanyakan jadi macam “hilang” setingkat apabila paras ayaq banjir tu naik mendadak.
Aku ni tumpang kesian dgn apa yang jadi dan harap semua pakat bersabaq banyak-banyak dan tak dapat tidak, aku bersyukur sebab tahun ni banjir tak jadi di negara Jelapang Padi dan Negara Darul Sunnah, iaitu 2 negeri yang awalnya diramal supaya berjaga-jaga. Pengalaman banjir besaq bulan Disember 2005 dulu masih dok terbayang-bayang lagi di mata dan aku rasa aku takkan boleh lupa sampai bila-bila.
Hmmm ... Macam-macam andaian, pendapat, maklumat aku dengaq/terima/baca berkenaan banjir. Perubahan cuaca, tanah yang tak mampu serap banjir (tepu) etc etc dan segala-galanya adalah sebahagian daripada apa maklumat yang aku terima. Pendapat yang jenih cakap mulut saja pun banyak jugak aku dengaq. Mengalahkan CNN. Ni suma bukan buleh pakai. Banyak la hangpa punya pendapat.
Tapi dari banyak² maklumat tu, aku cukup tertarik pada satu artikel yang difoward melalui email kat aku. Katanya:
Ancaman banjir dari kota Singa
(Bukan Singa Utara Juara Piala Malaysia tu yeeee cik Kiah)
(Bukan Singa Utara Juara Piala Malaysia tu yeeee cik Kiah)
Email tu memetik satu sumber berita yang diambil dari The Straits Times 21 Mac 2002 telah menyebut bahawa seorang Profesor dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, Dr Ahmad Khairi Abdul Wahab (sapa-sapa yang klik link ni, gambaq dia ada di bawah sekali, belah tangan kanan kita) telah menyatakan yang Johor akan mengalami banjir besaq dalam jangka masa panjang sekiranya usaha penambakan yang kota Singa lakukan tidak dihentikan.
Nah tu dia. Dia tu bukan main tilik-tilik pakai geluk ayaq macam Nujum Pak Belalang. Dia buat statement tu pakai ilmu. Dia dah nampak dah perkara ni nak jadi satu masa ni kalau kena gaya (dan diizinkan Allah SWT).
Dan kita ? Kita kena dah buat sesuatu. Tapi nak buat apa ?
La tu pun nak tanya aku ?
Hangpa pikiaq la pulak.
Takkan nak buat bodo.
No comments:
Post a Comment
Ha jemput mai brok brek sini