Sunday, July 9, 2006

Kursus Induksi Jabatan Perdana Menteri

hohoho

Aku akan berkursus di Melaka bermula esok (10 Julai 2006) sampai Jumaat (15 Julai 2006). Vanue Kursus di Melaka Water City Resort.

Ala kursus induksi ni bukan best pun. Cuma dapat jugak la aku p jalan-jalan dan
dapat jugak aku lari sat dari kesibukan yang teramat di negeri Kedah ni.

Oh ya by the way, dah alang-alang aku singgah di pejabat di Aloq Staq pagi ni, aku nak upload gambaq perhimpunan haram lelaki-lelaki macho ex MMU VIPERS Rugby Team yang berlangsung tempoh hari di A&W depan Amcorp Mall. Antara yang datang termasuklah Roden, Aqeem, Amir, Fei, Kotok, Apak, Pojisoh dan Barbath. Alah bukan ada apa pun, saja-saja lepak sembang kosong sambil mengutuk sesama sendiri hak hak hak. Kebetulan la pulak malam tu di A&W ada sambutan harijadi Zed Zaidi cerita Sembilu Kasih. Aku dengaq filem/drama macam meletup tapi sambut besday kat A&W saja ..... hak hak hak gila koman.



Apak n Barbath
Apak dan Barbath tekun mendengar keluhan Fei mengenai ukuran badan yang semakin mengembang akibat kurang bersenam.



Pojisoh dan Fei
Kesedihan tergambar apabila mengenangkan kegemukan yang semakin melanda diri. Poji dengan mata stim sebab mabuk minum BEER (root BEER).


Aqeem dan Kotok
Ah mula-mula tgk gambaq ni, aku pelik pasai apa bayang Aqeem nampak kecik. Siasat punya siasat, la rupa-rupanya itu Kotok, bukan bayang Aqeem.


Amir dan Roden
Amir dan Roden; Sedang berbalah mengenai sapa nak shift jadi maskot A&W untuk sambutan besday Zed Zaidi.


Ni bukan Kuman Ku2
Sabar beratur untuk mendapatkan tandatangan Zed Zaidi malam itu.
"Dapat sign dia nanti aku nak boh frame",Aqeem



Aqeem dan Pojisoh
Aqeem dan Pojisoh.
Seorang Dewa Penghadaman, seorang Dewa Counter Strike.

No comments:

Post a Comment

Ha jemput mai brok brek sini