hari ni baru ada peluang nak berblog.
banyak sungguh kerja aku minggu lepas.
aku rasa lagi baik kalau aku senaraikan keja aku minggu lepas.
28 Mei 2006 (Ahad) - Perasmian Sukma 2006 di Std Darul Aman. Kena pi. Tidoq di Aloq Staq aku malam tu sebab event tu habih lebih kurang pukoi 12 malam. Nak dijadikan cerita, pintu bilik aku di ofis ni terkunci (diulang TERKUNCI ... bukan aku saja saja kunci) dan aku memang tak diberikan kunci bilik aku tuh. Lepas habih event, aku patah balik ke pejabat, nak amik beg2 baju aku dan *Binggo* bilik aku terkunci .... dan kebetulan pulak aku terjumpa penukul di pejabat dan hasilnya, punah ranahlah tombol bilik aku aku katoq. Gilos !
29 Mei 2006 (Isnin) - Makan Malam Sukma di Wisma Darul Aman. Lagi sekali aku tidoq di Aloq Staq malam tu.
30 Mei 2006 (Selasa) - Ke Putrajaya sebab ada mesyuarat KKLW di parcel D. Aku terpaksa patah balik ke Kangaq untuk ambil baju² dan mai balik ke Aloq Staq. hoh mujoq naik kapal terbang. Sampai di sana pukoi 4.00 pm. Malam tu aku keluaq dgn Ila, kami p tengok cerita X-Men 3 ... besh woo cerita tu. Amik tiket kol 9.00 malam saja. Tak berani aku nak amik Midnight sebab badan letih sangat.
31 Mei 2006 - Mesyuarat KKLW di Putrajaya. Lepas meeting saja, aku pun terus balik ke Langkawi. Hah Langkawi ?? Siot aaa kena p tengok kontijen perahu layaq pulak dah di sana. Biasala jadi AJK Sukma ni, kena la amik tau sikit² pasai kontijen, makan depa, minum depa, pengangkutan depa etc etc. Hadoihhh p la aku ke sana, tidoq di MRSM Langkawi (Apartment Staff).
1 Jun 2006 - Aku pun bertolak balik ke Kola Kedah dengan feri. Letih tak payah cakap. Dengan muntah semua cukup. rasa macam mengandung pulak. Dari Kola Kedah, driver PPN Kedah sedia menanti. Aku balik ke pejabat, amik kereta, terus drive balik Kangaq. Ya Rabbi ... terus flat aku malam tu ... mandi² saja, terus ZZZzzZZZ
Sapa kata keja PTD mudah ?
ko ni dah kena kawen dah kawan
ReplyDeleteada baju sukma lebih tak? nak satu boleh? :D .
ReplyDelete