Hari ini hari Rabu.
Hari kedua aku masuk ofis selepas ke PD menghadiri bengkel penilaian outcome ICU JPM. Semalam aku masuk ofis dah tapi banyak keja + meeting. Tarak apa sangat nak diperkatakan. Biasala bengkel, atas kertas memang la cantik, tapi bila mai tang pelaksanaan, abih punah haru biru kacau bilau.
Oh ya.
Masa aku naik kereta tadi, aku ada dengaq sembang-sembang Sinar FM yang menurut kajian seorang pensyarah UUM, Sintok, Kedah orang perempuan bercakap lebih banyak dari lelaki. Menurutnya, orang pompuan bercakap lebih kurang 20,000 patah perkataan dan lelaki 7,000 perkataan SEHARI. Utusan Malaya pun ada siarkan berita pasal benda ni. Adakah apa yang dia ni kira merangkumi sekali patah-patah perkataan dalam Solat?
Tiba tiba aku teringat dialog cerita Pendekar Bujang Lapok masa 3 Bujang Lapok tu ditanya tentang pekerjaan mereka masing-masing oleh Mustarjo (Tok Guru diaorang).
P Ramlee - aku lupa kerja apa.
Sudin kerja sambung ekor beruang.
Ajis Sattar kerja kira bulu kambing.
Aku paling suka kerja si Sudin, kerjanya sangat mar-bahaya katanya, iaitu sambung ekor beruang. Dengan impression muka, dgn tone suara mendescribekan kesusahan kerja dia, aku rasa lawak dia mmg lawak.
Dan untuk lecturer UUM tu, aku rasa dia boleh join Pendekar Bujang Lapok la. Kira berapa patah orang cakap sehari. Sudah sudah la tu bang oi. Banyak lagi kerja boleh buat. Banyak lagi benda berfaedah nak dikaji.
Buat kajian kenapa dan berapa banyak org suka buat kajian yang bodoh pun bagus jugak.
"aku rasa lawak dia mmg lawak"
ReplyDeleteaku rase one of them punye keje tunggu ayam jantan bertelur. aku rase ni cam keje ajis. ramlee keje kira bulu kambing rasenye...
ReplyDelete