Hari ni aku lepak dalam ofis je, siapkan keje dan report hasil lawatan aku berhari² ke projek Tunas Mekar. Hmmm dari Kubang Pasu ke Aloq Staq turun ke Kota Sarang Semut dan lajak ke Sungai Petani semua aku dah pusing untuk melawat graduan-graduan yang ditempatkan dengan usahawan-usahawan di Kedah ni. Mau dekat 100++ KM lebih aku meronda, tapi takpa, Yusman tak kisah. Oh by the way, tujuan Tunas Mekar ni adalah idea Pak Lah supaya graduan² yang berminat dalam bisnes ni ditempatkan dengan usahawan bagi menimba ilmu, kemahiran dan mengalami sendiri real life hitam putih dalam bidang keusahawanan. Semua jenis usahawan ada dalam program ni. Dari usahawan perabot kayu jati, kerepek bawang, nasik ayam, pekasam, kerisik, makanan segera sampai la kilang kicap. So tiap kali lawatan ada serba sikit barang aku dapat sebagai buah tangan dari pengusaha terbabit contohnya kerepek bawang, kerisik, kicap. Tapi usahawan perabot jati takde la bagi sette kat aku. Kalau dia bagi, jenuh aku nak mengangkat. Tapi takpa, Yusman tak kisah.
Roti Canai dan Roti Pita Segera - Azla Frozen Food
Dan seperti biasa, macam-macam cerita aku dapat tau bila melawat diaorang. Ada yang berjaya dan tak kurang yang mengalami pelbagai masalah. P mai p mai, benda ni sebenarnya bergantung pada semua pihak. Usahawan sendiri, harus ada kesedaran yang program ni bukannya bertujuan untuk memberikan mereka pekerja FREE yang dibayar elaun oleh kerajaan. Dan di pihak Graduan, harus sedar yang program ni bukan sekadar program "lebih baik masuk, dapat elaun, dari menganggur tade keje". Dan di pihak kerajaan (aku la tu), kita kena la betul² ikhlas dalam nak membangunkan program ni. Yang kurang, yang lebih dalam program ni, semua kena laporkan, bukannya lapor yang baik-baik saja macam sesetengah orang tu. Semuanya kerana satu, niat ikhlas untuk memajukan anak bangsa di bumi bertuah ni.Yusman tak kisah.

Puan Zaiton dan Kerisik jenama Zaimin
Heh macam ceramah la pulak. Apa-apa pun, aku mmg letih gila. Travel dalam Kedah ni mmg jauh nak mampus sampai dah boleh buat semayang jamak dah. Bayangkan dari Kubang Pasu nak p Sungai Petani tu ... pergh .... mmg la aku tak drive tapi perjalanan jauh tu melesukan badan. Dan selepas aku habih keja, nak kena drive balik ke Kangaq yang jauhnya 40km. Heh sapa kata keja PTD ni rilek ? Kaya jauh sekali tapi Yusman tak kisah. Tapi aku suka keja aku. Aku akan buat yang terbaik untuk anak bangsa aku, untuk negara aku ....
Kalau Azmi dan Amat ada Pau, aku ada ...
ceh.. gile patriotik.. wakakaka
ReplyDeleteaku mmg patriotik
ReplyDeletehak hak
boleh tak kat blog ko ni cerita apa yg ko buat. boleh la aku tau apa kerajaan dah buat
ReplyDeleteamboi-amboi...makin bersemangat dia ek. heks heks.
ReplyDeleteanak penakan tgh pk nak makan aper bila balik perlis, sbb paklong nak banjer.
kalau 1-300-13-1300 tu tanak la, dah salu call pun :D
~lalala~
wah.. hebat SME dah ada bank!
ReplyDelete