Monday, January 31, 2011

Cerita Bebudak




Masing-masing dengan babynya.
Adik punya kaler biru, akak punya kaler pink.

Masing-masing dengan sebotol susu.
Adik kecik, akak botol besar.

Cuba teka apa yang diusha oleh kedua-dua kekanak comel ini?

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Tadak Tajuk

Malam tadi.

Gua tidoq awai. Pukoi 10pm. Tapi terbangun dalam pukoi 12.30pm sebab Thaqif bangun. Dan langsung segar bugar sampai pukul 3 lebih.

Pagi ni.

Disebabkan lalok akibat tido yang merepek malam tadi, gua hampir belah belakang satu kereta yang berenti di traffic light. Kereta tak salah. Gua yang tak perasan dia berenti sebab lalok.

Duh. Syukur masih dilindungiNya.

Monday, January 24, 2011

Cerita 20sen

Kadang-kadang gua terfikir, apa keadaan yang berlaku di Tunisia tempoh hari boleh terjadi atau tidak di Malaysia ni?

Bagi yang blur. Sila baca sini, sini dan sini. Betapa kesusahan, kemelaratan, kebobrokan, mampu mengubah segalanya.

Bagi yang asik dengan FB, Twitter, AJL, EPL, Awek, Balak, Interlok, Kongkek dan segalanya, sekali sekala kita baca berita yang bisa merubah dunia kita tu di sini.

Cerita Qaseh



"Baba .. pain"

Heroin baba terjun buai tapi tangan tak lepas dari buai. Jadi, ada muscle pain sikitla. Atau dalam bahasa mudah, sakit urat lengan.

Malam-malam sapu Yoko-yoko.

Doktor kata tadak apa. Cuma kena berehat saja pulihkan balik otot yang tersalah urat.

Thursday, January 13, 2011

Cerita What color is this?

"Baba what color is this?" tanya Qaseh sambil menunjukkan rimbunan pokok.

"Green" jawab gua.

"Yesssss greennnn" jawab dia balik.

Kemudian dia nampak langit. Dia tanya lagi.

"Baba what color is the sky?"

"Blue color" jawab gua.

"Yessssss blueeeee. Goooooood" jawab dia balik sambil mengangguk².




EH sapa patut tanya sapa ni sebenarnya??

Wednesday, January 12, 2011

Cerita Zali Balik New Zealand

Gua jumpa Zali, di KL haritu, bulan 12. Gua ke sana ada mesorat.

Macam biasa, agenda lepak2 minum teh menjadi topik utama. Gua duduk di Tune Hotel KL. Jadi kami ke kedai makan Medan Arked Mara untuk lepak-lepak. Kami saja lepak pekena sate Samuri yang dah terlalu komersial sampai lari rasanya.

Zali orang pahang. Bini dia orang kedah. Kami kenal masa gua kerja di kedah dulu.

Memandangkan masa tu masa cuti sekolah dan zali adalah seorang cikgu sekolah, jadi topik perbualan lebih berkisar pada "apa-aktiviti-masa-ko-cuti-sekolah-dengan-family".

"Gua semput sikit bulan ni." jawab zali. Kebetulan ada teksi tengah lalu tepi Arked Mara tu dan langsung dia hon satu kereta gila yang keluar dari parking Pertama kompleks tak toleh kiri kanan. Gua dengar lebih kurang saja ayat Zali.

"Gaji masuk awal. Awal cuti haritu balik kedah. Ni dua hari lepas gua baru je balik New Zealand." Mulut dia penuh dengan sate Samuri.

"Woooo hebat. Bini lu org New Zealand ka? Berapa ratus tambang gi sana? Gua teringin gak nak bawak anak bini gi sana"

Zali panggung kepala tengok gua.

"Biase la. Tol dengan minyak dua kali isi dari kedah. Adala beratus ringgit habis."

Gua terkedu. Ape-ke-hei pulak p New Zealand sampai kena isi minyak.

"Er Lu naik hovercraft ke jetski gi New Zealand?"

"Bile pulak gua gi New Zealand ni bhai? Gua balik felda la. Felda Kg New Zealand ha kat Pahang tu."

Cheh. Haritu gua belanja dia sate Samuri 15 cucuk sama air kelapa dua gelas.


Tuesday, January 11, 2011

Cerita Hidroponik

1. Maaf semua kerana gua terlambat apdet blog cikai ni. Walaupun ada yang sinis cakap "sapa la nak baca blog hang weh?", gua tetap update kerna blog ni dah jadi sebahagian hidup gua sejak 2003. Tapi kesilapan menyebabkan entery tahun 2003 dan 2004 gua terdelete. Blog ni dah macam diari hidup perjalanan gua dari zaman bujang sampaila dah beranak pinak. Dari belum wujudnya muka buku, sampaila dah ada ura-ura muka buku nak ditutup pun, gua masih dan insyaallah akan terus berblog.

2. Owh ya. Selamat tahun dua ribu sebelas. Kalau ada rezeki, bulan lapan atau bulan sembilan nanti, kita akan dengar berita di dada-dada akhbar dan di media elektronik tentang anak-anak haram yang dibuang merata tempat, hasil daripada sambutan ambang tahun baru yang lepas. Bunyi agak kasar? Tapi itulah realitinya di Tanah Melayu era milenium ni. Mark my word.

3. Entry kali ni, gua saja pakai sistem number. Dan untuk makluman, semenjak dua menjak ni, gua agak sibuk. Sibuk dengan urusan pejabat (ujung tahun nak tutup akaun) dan juga ke Temasik, menziarahi kakak ipar gua di sana.

4. Owh ya. Selain itu, Gua kini sibuk bertani secara hidroponik sebagai menyahut seruan sesetengah pihak supaya menghasilkan sendiri apa-apa saja keperluan harian apabila harga Barang Naik.

5. Gua belajar benda ni di Temasik masa menziarahi kak ipaq gua di sana tempoh hari. Memandangkan Temasik kini kekurangan tanah sama seperti di Pulau Pinang, maka gua rasa tanaman hidroponik ni cukup berpotensi untuk dimajukan di Tanah Melayu ini.

6. Gua mulakan dengan projek ternakan tanaman bawang secara hidroponik. Murah, mudah, jimat belanja, mesra alam (kerana menggunakan tin biskut Royal Danish) dan yang paling penting, jika harga Barang Naik sekalipun, gua tak perlu risau.



7. Lupa nak dinyatakan di sini, tanaman bawang secara hidroponik ni juga sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan, memandangkan ramai bakal pengantin baru merungut tentang harga barang-barang hantaran yang mahal jika dibandingkan keadaan ekonomi mereka yang masih belum kukuh. Ye la kan, baru lepas belaja. Nak kahwin dah kena sampai 18 serba satu. Jenuh la dia.



8. Lepas ni, gua nak hasilkan minyak rantai basikal daripada baki minyak goreng ikan pula.

Selamat tahun baru dua ribu sebelas. Kita tunggu bulan sembilan ni, kalau lu orang tak percaya cakap gua.