Kuasa Allah SWT. Tadak sapa boleh lawan.
Walaupun menang 14-1.
Walaupun ada "surat sokongan menyambung perkhidmatan" dari PM.
Walaupun suma orang lain dia label sebagai "munafik".
Walapun dia dok "cong" kata orang masih lagi sokong dia.
Walau apa pun dia cuba dok putaq dan auta dan mohong.
Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Syukur Alhamdulillah.
3 tahun aku hidup terpaksa merantau mencari rezeki di negeri orang lain sebab dia ni.
Tak dapat digambarkan lagu mana gembiranya aku yang ber-ic-09-ditengahnya dengan keputusan KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang berkenan melantik orang lain selain dia ni sebagai Memanda Menteri Besar yang baru bagi Negara Kayangan.
Pada YAB Datuk Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis ke-8, ini amanah Allah, amanah KDYMM Tuanku Raja dan amanah Rakyat Negara Kayangan. Kami merindui pemerintah yang adil dan saksama. Janganlah dikhianati lagi amanah ini. Janganla dok jadi lagi lagu dia ni lagi. Amin.
Daulat Tuanku !
Amin amin ya Rabbaljalil,
Doa hamba yang sangat zalil,
Tinggikan daulat serta adil,
Kekal perintah Jamalullail.
امين امين يا رب الجليل
دعاء همبا يڠ ساڠت زليل
تيڠڬيكن دولت سرتا عاديل
ككل ڤرينته جمال الل.
5 comments:
bro,
congratulations. aku dh agak hang mesti ada special entry pasai ni.
kesah hang laa yg aku asek teringat-ingat every time HIS name is mentioned. lagi2 first post hang kat sini masa mula2 dpt penang. cabaran yang amat kuat, aku amik cabaran hang sbg pengajaran bagi aku jugak.
tak tau nak cakap apa lagi selain daripada TAHNIAH!
Alhamdulillah.
Mintalah cepat-cepat, kita hijaukan bumi Perlis pula :)
Bro..aku tumpang gembira di atas berita tu..harapan aku agar hang bole tuka balik pi Perlih..kesian Ami duk sensorang kat sana..
Semoga perubahan kali nie membawa kepada perubahan lain yang lebih baik untuk rakyat..
tahniah sme..kalau terjumpa eza..tolong sampaikan salam aku kat dia nooo
Sheera & Swot,
TQ so much aaa 4 ur support.
Tapi kalo dapat tukar perlis pun aku dah tanak dok pejabat pembangunan lagi dah. Dah muak dah dok situ. or Maybe mintak tukar lagi jauh ke. Sabah / S'wak perhaps ?
Mudin,
Bumi Arau haritu nyaris2 nak hijau dah tapi dengaqnya ada silap mata. Wallahualam.
Farra,
Insyallah. Aku pun tak pernah jumpa eza dgn husband dia banyak taun dah.
Post a Comment