Thursday, June 29, 2006

Baru masuk ofis ...

Baru masuk opis selepas :
22/6/2006 ; Ke Langkawi - Bengkel Tunas Mekar, sebagai urusetia dan penceramah (what?) & Sebagai salah seorang panel penilai merangkap urusetia penilaian bagi Pertandingan Desa Cemerlang peringkat Negeri Kedah Darul Aman. Selain dari menilai kampung dan diberi kesempatan untuk berceramah semasa bengkel, tidak dilupakan ialah aktiviti membeli dan membelah sempena dengan kemasukan gaji bulan Jun 2006 yang jatub pada hari ini. Maka terbelilah aku akan Sony Ericsson w700i. Terbaik dari Sony Ericsson setakat ni. Dgn kamera 2.0 megapixel, aksesori seperti gigi biru, USB Kabel dan kelengkapan tangan percuma dan ditambah dengan harga BEBAS CUKAI yang beza lebih kurang RM 300-400 berbanding Tanah Besar, So aku rasa ini adalah worth untuk aku. Sori aku TAK PERNAH PAKAI NOKIA seumur hidup aku.



yaah




SonyEricsson W700i
256 Mb memory stick pro duo, (can upgrade up to 1 gig)
2.0 Megapixel camera,
Ulimited time Video Camera (kedai bikinkan)
FM Radio,
MP3 format supported,
bla bla bla ....

Setelah lama aku dok usha, belek, perati, teringin, round-round kedai semua,
dan tak lupa, ditambah dengan kemurahan rezeki Allah bagi,
maka hp idaman aku selama ini dah pun berada di genggaman,


26/6/2006; Ke KL sejurus selepas balik Langkawi - Purpose ? Suppose to go to meeting KKLW. Dan untuk kesekian kalinya, KKLW layak digelar bahalol. Sebabnya? Meeting dikenselkan dengan aku dah berada di KL. Alasan yang cukup mudah, "Kami dah faks dah surat ke Kedah hari Jumaat 23 Jun". Halloooooooooo ???? Dah berapa tahun dah hidup ?? Takkan tak tahu Kedah cuti hari Jumaat ?? Aku dah semak dah sistem kuar masuk surat pejabat aku dan MMG TAK ADA FAKS tu. What tha &^T%&^%&^ !)(*()!@!
Maka jadilah trip aku ke KL sebagai trip membawa barang² dari Langkawi yang member-member pesan. Antaranya: Rokok 3 Katun, Minyak Gamat 12 botol, Coklat Tobleron® dan bermacam jenis coklat bebas cukai yang nilainya mencecah RM 200.
Ah ...
Letih gila ....
Ada org cakap, aku keja teruk sangat ...
Well ...
"saya yang menurut perintah"
... what else can i say ??
Gambar nantila aku bubuh. Banyak gambar ni.

3 comments:

rumet said...

cilaka nak claim .. saja buat2 tak dapat faks meeting kensel!

Hambali ® said...

pergh masyuk tuh
440 km pegi, 440 km balik ... pergh tak masuk lojing 2 malam lagi tuh ... elaun makan lagi
hoh !!

Hambali ® said...

depends aaa barb .... aku dah tak biase pakai nokia so aku tak rase nokia best ... dan aku tak kata SE is the best sbb aku banyak gak pakai phone lain selain SE cam alcatel, ngan siemens.
terpulang maa .....